Kelas ICT bertemakan Hari Malaysia
6 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ICT bertemakan Hari Malaysia ini telah diadakan pada hari Ahad, 5 Ogos 2018. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara menghasilkan clip art “Rumah Berhias Sempena Hari Malaysia” menggunakan bentuk-bentuk (shapes) yang terdapat dalam kumpulan perintah illustrations MS Word.
Selepas itu, Kuiz Kemerdekaan turut diadakan secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com. Melalui kelas ini, para peserta diharap dapat meningkatkan semangat patriotik dan menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: